comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia ketinggalan dalam bidang penyelidikan baharu – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga kiri) bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (dua, kiri) melakukan gimik pada Majlis Peluncuran Loji Janakuasa Solar Hibrid di Cypark Solar Merchang, Marang hari ini. FOTO: NSTP

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

MARANG: Malaysia kini jauh tertinggal dengan negara-negara maju dunia seperti Brazil, India, dan Turkiye terutama dalam bidang penyelidikan baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia perlu berdaya saing terutama dalam bidang penggunaan kecerdasan buatan (AI), transformasi digital , transisi tenaga dan teknologi lain bagi menyokong kepelbagaian ekonomi.

“Sebab itu dalam Majlis Sains Negara memastikan semua institusi sains negara bekerjasama dengan universiti dan profesor atau jabatan berkaitan dengan sektor swasta, Cypark misalnya kerana terlibat dalam bidang ini tentunya akan memberikan perhatian kepada penyelidikan, penelitian dalam bidang tenaga solar atau tenaga suria”.

“Saya percaya kalau kita bagi tumpuan ini kerana kita masih ketinggalan, terus terang Malaysia masih ketinggalan dari penekanan kita berbanding dengan Brazil, India , China, atau Turkiye dan Abu Dhabi meletakkan ke depan tumpuan mereka dalam bidang penyelidikan”, katanya.

Negara perlu melakukan perubahan besar, bertepatan dengan semangat sambutan Maal Hijrah dengan bersedia membawa perubahan supaya sesuai dengan keadaan semasa.

Jelas beliau, penerokaan dalam bidang baharu juga boleh dimulakan di peringkat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan perkongsian kepakaran dan pihak berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata demikian ketika berucap di Majlis Peluncuran Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark, di Merchang, Terengganu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini