comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Malaysia komited sokong perjuangan rakyat Palestin – PM Anwar

MAKKAH: Malaysia tetap komited menyokong perjuangan hak rakyat Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mencari jalan bersama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menangani isu penindasan terhadap rakyat negara itu.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung OIC, Hissein Brahim Taha di Istana Tetamu di Makkah sempena lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi bermula hari ini.

Dalam pertemuan itu, Datuk Seri Anwar berkata Turkiye dan Malaysia akan bersama-sama ketengahkan isu Islamophobia supaya difahami masyarakat antarabangsa.

Loading...
Terkini