Oleh: Shuhadah Marzuki
KUALA LUMPUR: Malaysia komited dalam usahanya untuk meningkatkan tenaga kerja profesional dalam industri kejuruteraan.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, PETRA, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan mempergiat usaha mempromosi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik, (STEM) dalam kalangan pelajar.
‘Ketika ini, hanya sekitar 45% pelajar mengikuti bidang berkaitan STEM, ia jauh daripada sasaran 60% yang ditetapkan dalam Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
“Menyedari kekurangan ini, kerajaan sedang aktif mempromosikan STEM melalui inisiatif seperti Techlympics dan Minggu Sains Kebangsaan, yang bertujuan untuk meningkatkan minat dalam sains dan teknologi menjelang 2030.’
Tambah Datuk Seri Fadillah lagi, pemain industri juga memainkan peranan penting untuk menarik minat pelajar untuk menyertai bidang kejuruteraan.
Isu kadar gaji antara punca pelajar kurang berminat untuk menceburi bidang kejuruteraan.
‘Pemain industri perlu memberi perhatian kepada kadar imbuhan dan gaji untuk menarik minat pelajar menceburi bidang kejuruteraan. Melalui laporan yang diterima, 35% jurutera muda menerima pendapatan dibawah RM2000 sebulan,’ katanya dalam ucapan
Pameran Institution of Engineers (IEM) Engineer and Marvex di ibu negara.
Beliau turut meminta pemain industri dan institusi pendidikan bekerjasama dalam usaha meningkatkan minat pelajar dalam menyertai bidang STEM terutama industri kejuruteraan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.