comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Malaysia kutuk pencerobohan terbaharu di Masjid Al-Aqsa

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk pencerobohan terbaharu Israel ke atas Masjid Al-Aqsa pada 18 Mei lalu.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra), memaklumkan, pencerobohan yang dirancang ke tapak suci umat Islam dan perarakan bendera di Kota Lama Baitulmaqdis memburukkan lagi keadaan.

“Tindakan sedemikian merupakan provokasi jelas dan pencabulan terang-terangan terhadap kesucian tapak suci yang dihormati.

FOTO: Reuters

“Masyarakat antarabangsa tidak sepatutnya hanya menutup mata terhadap pelanggaran hak asasi manusia dan dasar apartheid yang berterusan oleh rejim Israel di wilayah Palestin yang diduduki,” menurut kenyataan itu.

Malaysia terus berpegang teguh dengan pendiriannya yang berprinsip bahawa rakyat Palestin berhak ke atas negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Loading...
Terkini