comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia laksana persiapan ambil alih Kepengerusian ASEAN, 3 kluster utama diwujudkan

Foto: Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan / Facebook

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan setiap mesyuarat berkala berkaitan persediaan rapi Malaysia mengambil alih kepengerusian ASEAN pada 2025, dalam mengangkat imej negara di persada dunia.

Perkara itu dikongsikan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, sejurus Mesyuarat Khas Peluncuran Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 selama dua jam di bangunan Perdana Putra hari ini, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

“Kita mengadakan mesyuarat peluncuran awal kerana ingin membuat persiapan rapi dan teliti untuk menjadi Pengerusi (ASEAN) nanti.

“Ini bukan kali pertama (Malaysia) menjadi Pengerusi. Kali terakhir ialah 10 tahun lalu, iaitu pada 2015, tetapi sekarang pada 2025, pelbagai cabaran baharu perlu ditangani dan dipersetujui antara negara-negara ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Foto: Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan / Facebook

Beliau berkata, kementerian lain akan diletak bawah pimpinan kluster terbabit dalam merencana dan menjayakan apa jua program atau aktiviti anjuran ASEAN yang dipengerusikan Malaysia, termasuk aspek tema, reka bentuk logo, logistik serta penginapan untuk pemimpin negara bagi program itu.

Datuk Seri Mohamad berkata, pada mesyuarat berkala itu kelak, setiap kluster akan membentangkan status gerak kerja masing-masing untuk dinilai sama ada perancangan mengikut jadual atau sebaliknya.

“Semua kementerian sudah tahu peranan masing-masing, dan kementerian telah membentangkan apa mereka ingin lakukan.

“Sebanyak lima hingga enam hala tuju diberikan sebagai panduan. Kita ingin melihat gerak kerja itu dilakukan secara bersama dan tidak secara silo,” katanya.

Beliau berkata, Laos akan menyerahkan baton Kepengerusian ASEAN 2025 pada Sidang Kemuncak blok itu yang dijadualkan berlangsung 8 hingga 11 Oktober depan.

BERNAMA

Loading...
Terkini