comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia Mampu Hasilkan Filem Taraf Antarabangsa

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

KUALA LUMPUR : Para penerbit, pelakon dan pengarah filem Malaysia mampu mengeluarkan filem-filem terbaik bertaraf antarabangsa, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, sebelum pandemik COVID-19, industri kreatif bukanlah satu industri yang kecil apabila mengikut pasaran antarabangsa Amerika Syarikat, yang meletakkan Malaysia di tangga ke-19 pasaran terbesar daripada filem-filem yang dicipta negara.

“Kalau satu filem sahaja telah dapat menjana pendapatan hampir RM100 juta, sedangkan kita tahu berapa puluh lagi filem sedang menanti yang akan kita keluarkan dan akan kita keluarkan dengan mutu dan nilai yang baik, yang akan melonjak ekonomi dan industri perfileman kita.

“Yang saya tahu, penerbit-penerbit Malaysia, pelakon-pelakon Malaysia, pengarah-pengarah filem Malaysia, mampu mengeluarkan filem-filem terbaik bertaraf antarabangsa,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Ekspresi@Finas di sini hari ini.

Majlis penutup berkenaan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan turut dihadiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Senator Datuk Seri Zurainah Musa, Ketua Setiausaha K-KOMM Datuk Seri Mohammad Mentek dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin. – BERNAMA

Loading...
Terkini