comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia, New Zealand bincang usaha kukuhkan hubungan dua hala

FOTO: Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan / Facebook

PETALING JAYA: Malaysia dan New Zealand membincangkan usaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang yang melibatkan kepentingan bersama.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menerima panggilan telefon daripada Timbalan Perdana Menteri New Zealand yang juga Menteri Luar, Winston Peters.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan

Media sebelum ini melaporkan Malaysia dan New Zealand menyaksikan beberapa pertukaran lawatan peringkat pemimpin dengan yang terakhir ialah lawatan negara Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro  tahun lalu.

New Zealand adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Pasifik dengan jumlah dagangan keseluruhan bagi kedua-dua negara setakat Jun 2023 bernilai RM6.32 bilion (US$1.42 bilion), peningkatan 15.3 peratus berbanding RM5.48 bilion (US$1.27 bilion) bagi tempoh sama pada 2022.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini