comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia Perkukuh Produk Buluh, Kurangkan Kebergantungan Import

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan terus memperkukuh industri buluh, sejajar permintaan tinggi peringkat global.

Tahun lalu, negara mengimport produk buluh bernilai RM89.23 juta dan hanya mengeksport RM8.41 juta.

Menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, negara masih lagi bergantung kepada pengimportan produk buluh dari negara-negara lain seperti China, Indonesia dan Vietnam.

“Industri buluh ini harus dibuat lebih berstruktur, pengurusan perladangan mengikut estet ataupun korporat. Jadi boleh lagi berkembang dengan cepat dan menghasilkan banyak penanaman buluh,” katanya apabila ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Buluh Sedunia Peringkat Malaysia 2022, kali ke-11.

Untuk itu, pelbagai inisiatif sedang dilaksana KPPK bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bagi melonjakkan industri perkayuan negara yang telah menyumbang RM22.7 bilion kepada pendapatan eksport negara 2021.

Antaranya, penubuhan 15 hektar ladang buluh contoh yang dibangunkan bersama Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC) di Hulu Terengganu dan program Community Farming Buluh di bawah Projek Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) yang memberikan insentif anak benih buluh dan baja bagi penanaman dalam julat keluasan 1 sehingga 9.9 ekar.

Selain itu, terdapat penubuhan Bamboo One Stop Centre di Tadom Hill Resort, Banting, Selangor, serta kerjasama dengan Pusat Kraftangan Sabah (PKS) yang telah menubuhkan model ladang buluh contoh dengan keluasan 120 ekar yang melibatkan 60 peserta daripada usahawan PKS.

Loading...
Terkini