comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia perlu rebut peluang pelaburan Qatar dalam transformasi digital – PM 

Foto: Anwar Ibrahim / Facebook

DOHA: Malaysia perlu merebut peluang pelaburan Qatar dalam bidang digital berjumlah QR9 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu juga selari dengan hasrat Malaysia untuk menumpukan soal pembangunan di dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

“Antara tumpuan kita adalah dalam bidang AI. Kita perlu ambil tindakan susulan dengan penumpuan kepada aspek pendidikan, penyelidikan dan pelaburan,” katanya ketika sidang media mengakhiri lawatan rasminya di Qatar hari ini.

Terdahulu, Anwar dan juga Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani menyentuh mengenai soal transformasi digital menerusi Forum Ekonomi Qatar 2024.

Menerusi forum berkenaan, Anwar menegaskan akan menumpukan kepada elemen transformasi digital, peralihan tenaga, serta pembangunan kecerdasan buatan (AI) untuk terus memacu negara ke depan.

Sheikh Mohammed ketika berucap pada Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 memaklumkan kerajaan negara itu sedang mengusahakan kepelbagaian ekonominya, menuju ke arah transformasi digital di seluruh negara dengan insentif kira-kira QR9 bilion yang akan ditawarkan.

Sesi berkenaan dikendalikan Ketua Koresponden Antarabangsa Asia Tenggara Bloomberg Television, Haslinda Amin sebagai moderator yang turut menyentuh beberapa perkara berbangkit melibatkan kedua-dua pemimpin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini