comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia sambut baik usaha AS tangani konflik Palestin-Israel – PM Anwar

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik pendekatan Amerika Syarikat (AS) dalam menangani konflik antara Palestin dan Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia berikutan desakan Presiden AS, Joe Biden dalam mendesak Israel menerima cadangan gencatan senjata sebagai pertukaran pembebasan tebusan.

“Kami mengalu-alukan tanda-tanda awal perubahan dalam pendekatan Amerika terhadap konflik.

“Kami berharap AS akan terus menilai semula pendekatannya dan menyegerakan menamatkan pembunuhan beramai-ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama Meja Bulat Asia-Pasifik ke-37 di ibu negara.

Berhubung krisis Myanmar, Datuk Seri Anwar berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan negara ASEAN serta Rakan Dialog dalam menyelesaikan krisis di negara itu.

Katanya, ia terutamanya untuk mendorong keamanan, mencari mekanisme kemanusiaan yang lebih berkesan dan penglibatan politik semua pihak berkepentingan yang berkaitan di negara itu.

“Sebagai rakan dan saudara negara Myanmar di Asia Tenggara, Malaysia secara konsisten menyeru untuk menghentikan keganasan yang berterusan, menamatkan sejarah peminggiran politik terhadap semua rakyat Myanmar, dan pematuhan kepada Konsensus Lima Perkara yang dicapai bersama di Jakarta, pada April 2021,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini