comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui

Fadillah ketika mengadakan pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim di pejabat kementeriannya di Putrajaya hari ini. – FOTO: Fadillah Yusof / Facebook

KUALA LUMPUR: Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Menerusi hantaran di laman X, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata perkara itu disampaikan semasa pertemuan dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim di pejabat kementeriannya di Putrajaya hari ini.

“Saya mengesahkan kepentingan Kerajaan Arab Saudi dan mengulangi komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan dua hala kita dengan Arab Saudi ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Menerusi hantaran itu, Fadillah turut berkongsi empat foto yang memaparkan beliau menerima dan menjadi hos kepada Mesaad Ibrahim. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini