comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia sertai pangkalan data WIPO Alert, bagi perkasa perlindungan harta intelek

Foto: Armizan Mohd Ali/ Facebook

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Malaysia secara rasmi menyertai pangkalan data ‘WIPO Alert Data Sharing Platform’ yang dikendalikan oleh Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) bagi perlindungan harta intelek dan digital.

Penyertaan itu adalah menerusi Surat Persefahaman (LoU) diantara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan WIPO di Geneva, Switzerland, hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penyertaan itu menandakan usaha penting dalam mempertingkat penguatkuasaan harta intelek negara dalam era digital.

“WIPO Alert adalah platform dalam talian yang membolehkan agensi penguatkuasaan memuat naik dan mengakses senarai laman sesawang yang melanggar hak cipta.

“Penyertaan ini membolehkan Malaysia memperkukuhkan usaha dalam menangani pelanggaran hak cipta di platform digital dan melindungi pemilik harta intelek,” ujarnya dalam satu kenyatan.

Tambah Armizan, Inisiatif ini turut memudahkan proses memerangi aktiviti cetak rompak digital dan kandungan pengiklanan haram.

Ia juga selari dengan aspirasi negara dalam melindungi kepentingan pemilik harta intelek serta memastikan integiriti dalam pasaran digital.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), bersama MyIPO dan agensi berkaitan, telah melaksanakan 4,084 sekatan laman sesawang atas kesalahan pelanggaran hak cipta.

Katanya, usaha kerjasama dengan WIPO akan dikembangkan melalui pembangunan kapasiti dan latihan untuk mengekang aktiviti pelanggaran hak cipta digital.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini