comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia sumbang ubat kepada Sri Lanka

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyerahkan sumbangan ubat-ubatan kepada Pesuruhjaya Tinggi Republik Sosialis Demokratik Sri Lanka ke Kuala Lumpur, TYT Panglima Udara Marshal Sumangala Dias.

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Luar memberikan sumbangan ubat-ubatan bernilai RM288,610 kepada Sri Lanka atas dasar prihatin akan krisis ekonomi yang sedang dialami negara berkenaan.

Menurut kenyataan media dikeluarkan KKM, sumbangan itu juga berpegang kepada dasar kemanusiaan dan selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk menyokong usaha dalam memberikan penjagaan kesihatan di kawasan yang sedang dilanda krisis.

Majlis penyerahan bantuan berlangsung di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Semasa majlis tersebut, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin melakukan simbolik penyerahan sumbangan ubat-ubatan kepada Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Panglima Udara Marshal Sumangala Dias.

Sumbangan ubat-ubatan itu terdiri daripada 1,000 vial Suntikan Amphotericin B 50 mg, 20,000 vial Suntikan Heparin 25,000 I.U/5 ml dan 10,000 ampul Suntikan Aminophylline 25 ml/ml dalam suntikan 10 ml.

“Sumbangan ini diharap akan memberi impak yang besar ke arah pengukuhan hubungan dua hala antara Malaysia dan Sri Lanka,” kata kenyataan itu.

Loading...
Terkini