comscore
Tumpuan :
Nasional

 Malaysia Tidak Akan Alami Kemelesetan Ekonomi

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Kemungkinan Malaysia mengalami kemelesetan adalah kecil susulan struktur ekonominya yang pelbagai serta semakin kurang kebergantungan kepada komoditi.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, buat masa ini, sektor pertanian dan perlombongan hanya menyumbang 14 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Manakala sektor perkhidmatan dan pembuatan, masing-masing menyumbang 57 peratus dan 24.3 peratus.

“Kita telah mempelbagaikan pasaran di mana eksport sebagai contoh, tidak terlalu bergantung pada negara tertentu. Selain itu, sistem kewangan negara juga betumbuh dengan baik, bank mempunyai modal yang bagus, diurus dengan baik, dikawal selia dengan berkesan oleh bank pusat,” katanya apabila ditemui di majlis Invest Malaysia 2022 Siri 1: Membina Daya Tahan Dalam Situasi Kemeruapan.

Tambah beliau, bank tempatan dan syarikat perkhidmatan kewangan mempunyai wajaran ketara dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI serta indeks kemampanan FTSE4Good Bursa Malaysia.

Tujuh saham perbankan, Maybank, Public Bank, CIMB Bank, Hong Leong Bank, RHB Bank, Ambank and alliance bank mempunyai gabungan permodalan pasaran RM325.36 bilion.

Ini sekitar 20 peratus jumlah permodalan pasaran RM1.65 trilion setakat akhir Jun 2022.

Loading...
Terkini