comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia tolak tawaran anjur Sukan Komanwel 2026

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini mengumumkan keputusan Kerajaan untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.

Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang hari ini telah mengambil keputusan tersebut setelah meneliti semua aspek penganjuran dan implikasi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KBS memaklumkan menerima tawaran selaku tuan rumah oleh CGF pada 5 Februari lalu.

Bagaimanapun hasil perbincangan Jemaah Menteri melihat, jumlah 100 juta pound yang ditawarkan CGF tidak mampu menampung kos keseluruhan temasya itu.

“Delegasi daripada CGF telah bertemu Menteri Belia dan Sukan dan mengadakan sesi penerangan mengenai tawaran selaku tuan rumah itu yang turut dihadiri oleh Menteri Kewangan Kedua pada 5 Februari 2024.”

“Hasil pertemuan itu dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan antara lain mengutarakan tawaran CGF berjumlah 100 juta pound (RM603 juta) dijangka tidak mampu menampung kos keseluruhan penganjuran temasya sukan berskala besar,” jelas kenyataan itu.

Tambah KBS, impak ekonomi yang belum stabil menjadi antara penyebab penolakan itu dan ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan Madani mengucapkan terima kasih kepada CGF atas penawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

“Namun, pada ketika ini kerajaan mahu memberi fokus kepada pembangunan sukan serta kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini