comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Malaysia, Turkiye sepakat pertingkat bantuan kemanusiaan di Gaza


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Turkiye sepakat meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza, Palestin.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya malam tadi, Anwar berkata perkara itu antara yang dibincangkan bersama Presiden Recep Tayyip Erdogan dalam perbualan telefon mereka semalam.

“Presiden Erdogan turut berkongsikan pengalamannya dalam menyatakan kebimbangan serta protes kepada pembunuhan beramai-ramai di Gaza pada Sidang Kemuncak G7 di Itali yang dihadiri beliau baru-baru ini,” katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan telefon daripada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. -FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

Selain mengulangi komitmen memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan, ekonomi, budaya, perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, Perdana Menteri turut mengulangi jemputan kepada Erdogan untuk melawat Malaysia pada Julai atau Ogos tahun ini.

Anwar memberi jaminan lawatan itu akan menjadi lebih bermakna kerana ia seiring ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkiye yang mula terjalin pada 17 Jun 1964 serta Perkongsian Strategik 10 Tahun antara kedua-dua negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini