comscore
Tumpuan :
Nasional

Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

SAMARKAND: Malaysia dan Uzbekistan boleh menjalinkan perkongsian strategik khas dalam bidang baharu, khususnya yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.

“Kerjasama bukan sahaja dalam hubungan baik pembangunan halal, pensijilan halal dan industri halal, malah kita boleh bekerjasama dalam budaya dan seni ke tahap yang diselaraskan oleh menteri kanan (dari kedua-dua negara),” katanya dalam ucapannya di Forum Perniagaan Peringkat Tinggi Uzbekistan-Malaysian di Kompleks Pelancongan Laluan Sutera Samarkand, pada Sabtu.

Kira-kira 200 syarikat dari kedua-dua negara menyertai forum perniagaan itu. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan, Jamshid Khodjaev.

Datuk Seri Anwar berkata, Malaysia dan Uzbekistan juga boleh memberi tumpuan kepada pendidikan dan bidang baharu dalam digital terutamanya Kecerdasan Buatan.

“Keupayaan masa depan kita bergantung bagaimana kita membina kekuatan (bersama). Kita harus sentiasa berusaha untuk melengkapi antara satu sama lain,” katanya.

Datuk Seri Anwar kini berada di Uzbekistan untuk lawatan rasmi tiga hari setelah tiba di Tashkent pada Jumaat.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini