comscore
Tumpuan :
Nasional

Manfaatkan TMM 2024 untuk tambah baik produk dan perkhidmatan pelancongan

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Tahun Melawat Melaka , TMM 2024 perlu dijadikan medan bagi menambah baik kualiti dan kepelbagaian produk serta perkhidmatan pelancongan yang ditawarkan di negeri bersejarah itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehubungan itu usaha berterusan melibatkan komuniti tempatan perlu digiatkan selain mewujudkan kolobrasi antara pihak swasta dan badan bukan kerajaan NGO dan pada masa sama memelihara warisan budaya tempatan agar dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.

“Manfaatkan Tahun Melawat Melaka 2024 untuk sama-sama mentransformasikan tadbir urus agensi pelancongan yang lebih efisyen, merancakkan lagi projek-projek pelancongan, mengadaptasi penggunaan digital dan meningkatkan modal insan dalam semua sub-sektor pelancongan yang akan memajukan negeri seperti slogan Melaka, bijak laksana Tuah,  berani laksana Jebat. Saya percaya dengan penganjuran TMM 2024 disokong dengan kempen promosi yang kreatif dan bersepadu termasuk tawaran pakej pelancongan yang terbaik negeri Melaka pasti menjadi destinasi pelancongan utama di Malaysia mahupun serata dunia,” katanya.

Datuk Seri Ahmad Zahid berucap sempena Majlis Pelancaran Tahun Melawat Melaka, TMM 2024 di ibu negara malam tadi.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Kerajaan Perpaduan Madani juga jelas beliau memberikan sokongan dan dokongan penuh kepada kerajaan negeri Melaka dalam memastikan usaha menarik pelancong selain menggalakkan mereka tinggal lebih lama di negeri itu dan sebarang inisiatif yang merancakkan lagi pelancongan akan dipacu bersama.

Sejumlah 64 aktiviti pelancongan akan diadakan sepanjang tahun bagi menyemarakkan lagi TMM 2024.

Daripada jumlah itu, 13 program dijangka memberi impak besar dalam menjana ekonomi Melaka.

TMM 2024 juga menyasarkan kehadiran lebih 18 juta pelancong dalam dan luar negara.

Kumpulan Media Prima Berhad turut dilantik sebagai media rasmi bagi memperhebat promosi dan kempen TMM 2024.

Loading...
Terkini