comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir Baling meningkat

Rumah seorang penduduk di Kampung Tanjung Pari dinaiki air paras satu meter selepas air Sungai Ketil melimpah awal pagi tadi. FOTO: Ihsan APM

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 1,330 orang daripada 437 keluarga yang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari tadi.

Jumlah itu berkurangan berbanding 1,374 mangsa daripada 458 keluarga yang dilaporkan jam 8 pagi.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Baling semakin bertambah kepada 182 orang daripada 76 keluarga berbanding 134 mangsa daripada 62 keluarga sebelum ini.

Menurut laman Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Pokok Sena mencatatkan mangsa seramai 615 orang daripada 191 keluarga yang ditempatkan di lima PPS di daerah itu.

Daerah Kota Setar mencatatkan 419 mangsa daripada 130 keluarga di tiga PPS, manakala PPS di Kubang Pasu pula seramai 118 orang daripada 41 keluarga di dua PPS.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini