comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di 3 PPS Kuala Selangor menurun

FOTO hiasan

KUALA SELANGOR: Jumlah mangsa banjir di daerah ini berkurangan kepada 228 orang setakat jam 7 pagi ini, berbanding 280 orang semalam.

Kesemua mangsa membabitkan 73 keluarga itu ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Mulliadi Al-Hamdi Ladin, berkata PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru kekal menempatkan 92 individu daripada 30 keluarga.

Bagaimanapun katanya, PPS SK Sungai Sireh mencatatkan penurunan apabila 62 mangsa daripada 18 keluarga masih berada di lokasi itu berbanding semalam (111 mangsa daripada 37 keluarga).

“Sementara di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Bestari Jaya pula mencatatkan sedikit penurunan iaitu 74 mangsa daripada 25 keluarga berbanding 77 individu daripada 26 keluarga,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini