comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurang, Perak kekal

Mangsa banjir melihat barangan dalam rumahnya termasuk pakaian yang basah selepas rumahnya di Kampung Pisang dinaiki air akibat banjir disertai lumpur. – FOTO: NSTP

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 633 mangsa daripada 212 keluarga yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini, setakat jam 8.30 pagi ini.

Jumlah itu dilaporkan turun berbanding 664 mangsa daripada 217 keluarga pada jam 11 malam tadi.

Jumlah mangsa banjir di daerah Kota Setar adalah seramai 276 mangsa daripada 86 keluarga di tiga PPS manakala Baling pula menempatkan seramai 253 mangsa daripada 93 keluarga yang ditempatkan di lima PPS dan Pokok Sena pula seramai 103 mangsa daripada 32 keluarga di dua PPS setakat ini.

Laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air di tiga sungai menunjukkan trend peningkatan. Sungai Anak Bukit di Taman Aman, dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR melepasi paras amaran, manakala Sungai Kedah di Jambatan Lebuh raya, berada pada tahap waspada.

Sementara itu, Bernama melaporkan di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di daerah Kampar kekal seramai 16 orang daripada lima keluarga, masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Dato Azman Mahalan.

Selain itu, JPS turut memaklumkan bahawa paras air Sungai Perak di Kuala Kenderong, Hulu Perak kekal berada pada tahap bahaya dengan bacaan paras air setinggi 113.78 meter.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini