comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kedah meningkat 1,419 mangsa

Sungai Anak Bukit di Taman Aman menunjukkan bacaan melepasi paras bahaya menyebabkan beberapa kampung berhampiran dinaiki air.-Foto: NSTP.

ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah terus menunjukkan peningkatan kepada 1,419 orang daripada 447 keluarga yang ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah setakat jam 8 malam tadi.

Jumlah itu meningkat berbanding 1,157 mangsa daripada 347 keluarga yang dilaporkan pada jam 4 petang.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, daerah Kota Setar mencatatkan peningkatan kepada 597 mangsa daripada 182 keluarga di lima PPS manakala daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa seramai 559 orang daripada 195 mangsa di enam PPS.

Beliau berkata, daerah Pendang pula mencatatkan jumlah mangsa seramai 240 orang daripada 59 keluarga di satu PPS, manakala Baling pula mencatatkan 23 mangsa daripada 11 keluarga di empat PPS.

“Manakala daerah Pokok Sena pula jumlah mangsa yang dipindahkan ke dua PPS yang baru dibuka pada jam 5.30 petang tadi masih dalam bancian.

“Kesemua jumlah mangsa terdiri daripada 476 lelaki dewasa, 529 wanita dewasa, 384 kanak-kanak dan 30 bayi,” katanya.

Melalui laman Info Public Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, lapan sungai di negeri ini menunjukkan bacaan melepasi paras bahaya setakat jam 7 petang ini.

Kesemua sungai membabitkan lima daerah iaitu Kubang Pasu, Padang Terap Pendang dan Kota Setar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini