ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir di Kedah terus mencatatkan penurunan kepada 2,812 mangsa daripada 887 keluarga yang masih ditempatkan di 19 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini.
Jumlah itu terus menurun pada jam 4 petang hari ini berbanding 5,447 mangsa daripada 1,741 keluarga yang ditempatkan PPS Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena pada jam 8 pagi tadi.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kota Setar terus menurun kepada 1,446 mangsa daripada 469 keluarga di tujuh PPS yang masih dibuka setakat ini di daerah itu.
Jumlah ini menurun berbanding 3,665 mangsa daripada 1,192 keluarga jam 8 pagi tadi.
Selain itu, jumlah mangsa banjir di Pendang menurun kepada 1,220 mangsa daripada 366 keluarga berbanding 1,565 mangsa daripada 478 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS di daerah itu.
Di daerah Kubang Pasu pula, jumlah mangsa semakin menurun kepada 82 mangsa daripada 27 keluarga di sebuah PPS selepas sebuah PPS ditutup hari ini.
Dalam pada itu, daerah Pokok Sena masih kekal 64 mangsa daripada 25 mangsa di sebuah PPS yang dibuka di daerah itu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.