comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kedah menurun setakat 4 petang ini, 5,814 mangsa di 29 PPS

Mangsa banjir kembali pulang untuk membersihkan rumah masing masing walaupun air di perkarangan rumah belum surut di Kampung Budi, Jitra, hari ini. Foto: NSTP

ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 5,814 mangsa daripada 1,859 keluarga yang masih ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini.

Jumlah itu dilaporkan pada jam 4 petang hari ini berbanding 6,809 mangsa daripada 2,171 keluarga di 33 PPS pada jam 8 pagi hari ini.

Empat PPS yang masih dibuka adalah di daerah Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kota Setar masih mencatatkan penurunan kepada 3,921 mangsa daripada 1,274 keluarga di 16 PPS di daerah itu berbanding 4,643 mangsa daripada 1,509 keluarga sebelum ini.

Sementara itu, di daerah Pendang pula masih kekal mencatatkan jumlah seramai 1,606 mangsa daripada 490 keluarga di 10 PPS.

Selain itu, mangsa banjir di Kubang Pasu pula berkurangan kepada 225 mangsa daripada 70 keluarga di dua PPS berbanding 493 mangsa daripada 144 keluarga sebelum ini.

Foto: NSTP

PPS Pokok Sena juga berkurangan 59 mangsa daripada 24 keluarga berbanding 67 mangsa daripada 28 keluarga.

Dalam pada itu, berdasarkan laman web Publik Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan, bacaan paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya 22.13 meter (m) berbanding 21.6 m pada jam 4 petang hari ini.

Selain itu, Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR Kota Setar dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya mencatatkan bacaan melebihi paras amaran manakala Sungai Bata di Kampung Bata di Kampung Bata di daerah Kubang Pasu mencatatkan bacaan melebihi paras waspada.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini