comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kedah terus meningkat pagi ini

PPS yang dibuka di SMK Changlun.

ALOR SETAR: Setakat jam 8 pagi tadi, mangsa banjir yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini terus bertambah kepada 1,359 mangsa daripada 436 keluarga.

Penambahan jumlah mangsa banjir itu adalah disebabkan gelombang kedua banjir, ketika ini, berikutan limpahan air sungai.

Keadaan ini menyebabkan kebanyakan mangsa terdiri daripada penduduk yang sudah pulang ke rumah akibat banjir minggu lalu berpindah semula ke PPS.

Jumlah itu meningkat berbanding 1,102 mangsa daripada 353 keluarga, 11 malam tadi.

Dalam pada itu, maklumat Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat 7 pagi tadi pula memaklumkan, empat sungai di tiga daerah di negeri ini terus mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya.

Antara sungai terbabit adalah Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Bata di daerah Kubang Pasu, manakala Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang di daerah Pendang.

Kesemua sungai itu menunjukkan trend air, menaik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini