comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kedah tinggal 207 orang di 8 PPS

Foto fail NSTP

ALOR SETAR: Hanya 207 mangsa daripada 49 keluarga masih ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat jam 4 petang hari ini.

Jumlah itu terus menunjukkan penurunan apabila keadaan banjir di negeri ini semakin surut dan mangsa banjir sudah pulang ke rumah masing-masing.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, hanya sebuah PPS masih dibuka iaitu di daerah Pendang.

Sementara itu, laman web Publik Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu menunjukkan bacaan 22.47 meter (m) melepasi paras bahaya 21.6 m ketika ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini