Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 43,983

Banjir sekitar Kelantan. FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk apabila jumlah mangsa terus meningkat kepada 43,983 orang setakat 4.30 petang tadi, berbanding 33,163 orang pada sebelah pagi.

Ia membabitkan 13,380 keluarga yang berlindung di 192 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di Pasir Mas paling ramai dengan jumlah 15,929 orang ditempatkan di 45 PPS.

Jumlah mangsa banjir kedua tertinggi adalah di Tumpat dengan jumlah 6,295 orang di 15 PPS, Kota Bharu (4,144 orang di 25 PPS) dan Pasir Puteh (4,040 orang di 21 PPS).

Seterusnya jumlah mangsa banjir di Kuala Krai (4,022 orang di 30 PPS); Tanah Merah (3,690 orang di 25 PPS; Machang (2,950 orang di 18 PPS); Bachok (2,157 orang di tujuh PPS); Jeli (724 orang di lima PPS) dan Gua Musang (36 mangsa di satu PPS).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini