KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 476 mangsa pagi ini.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa membabitkan 135 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
Hingga kini hanya satu daerah saja masih dilanda banjir iaitu Tanah Merah, manakala Kuala Krai dan Machang sudah kembali pulih sepenuhnya.
Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 10.4 meter.
Sementara itu di Terengganu hanya daerah Besut yang masih banjir.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu banjir di Hulu Terengganu pulih sepenuhnya selepas 12 PPS ditutup.
Jumlah mangsa banjir di dua PPS di Besut iaitu Dewan Terbuka Kampung Belaoh dan SK Kampung La masih kekal iaitu 12 keluarga membabitkan mangsa seramai 44 orang manakala PPS Dewan Terbuka Kampung Belaoh menempatkan seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga, manakala SK Kampung La, sembilan keluarga membabitkan 32 mangsa.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.