comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Pulau Pinang diberi bantuan sewajarnya

Oleh: Selwam Arjunan

SUNGAI DUA: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi bantuan sewajarnya kepada mangsa banjir negeri berkenaan tetapi bukan berbentuk bantuan wang tunai.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri tidak mempunyai dasar untuk menyalurkan bantuan wang tunai kerana sukar untuk menilai mangsa banjir yang layak menerima bantuan.

“Kita tidak ada dasar sedemikian (pemberian bantuan kewangan) sebab selama ini memang kita susah untuk takrifkan mangsa banjir sebenar.

“Bagaimanapun bantuan tetap diberikan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti tempat rehat dan makanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan pakej 12A, Loji Rawatan Air Sungai Dua, di sini, pagi tadi.

Kon Yeow berkata, beliau menjangkakan mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS akan boleh pulang ke kediaman masing-masing dalam tempoh sehari dua lagi, mengambilkira keadaan cuaca yang semakin baik.

Setakat jam 5 petang Jumaat, bilangan mangsa di Pulau Pinang banjir turun kepada 521 orang di tujuh PPS di tiga daerah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini