comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan, Pahang menurun – NADMA

PETALING JAYA: Bilangan mangsa banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang menurun kepada 1,604 orang  di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 4 petang tadi.

Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 1,067 di 13 PPS.

603 mangsa di tujuh PPS di  Setiu, 183 mangsa di tiga  PPS  di Hulu Terengganu,  268 mangsa di dua PPS di Dungun dan satu PPS di Besut menempatkan 13 mangsa.

Sementara di Kelantan, sebuah PPS dibuka di Kuala Krai menempatkan 27 mangsa dan di Pasir Puteh kekal 350 orang di dua PPS, manakala di Pahang, 160 mangsa  berlindung di satu PPS di Kuantan.

Tinjauan tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai masih berada pada paras bahaya di Terengganu, Kedah, Pahang, Johor, Perlis  dan Sabah.

Di Terengganu, ia membabitkan Sungai Dungun, Sungai Terengganu dan Sungai Besut.

Di Kedah pula, Sungai Muda, Sik dan Sungai Kedah di Kota Setar serta Perlis di Sungai Arau.

Di Pahang, Sungai Pahang di Bera, Sungai Rompin dan Sungai Kuantan, manakala di Johor di Sungai Sarang Buaya di Muar dan Sungai Johor di Kota Tinggi  serta di Sabah di Sungai Kinabatangan.

NADMA turut memaklumkan 19 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak, jalan dan cerun runtuh, antaranya di Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang; Jalan Jamaluang-Batu Pahat di Mersing, Johor dan Trolak Selatan di Batang Padang, Perak.

Loading...
Terkini