Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 1,851 orang

Warga emas berusia 83 tahun, Lijah Mohd, 83, melihat kawasan kediaman didiaminya di Kampung Matang, di sini, ditenggelami air setinggi paras satu meter. Foto NSTP

KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir terus meningkat di Terengganu menjadikan jumlah keseluruhan 1,851 orang hingga jam 4 petang ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, di Besut seramai 1,102 mangsa daripada 304 keluarga kini berada di 20 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah berkenaan.

Sementara itu, di Marang seramai 67 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di 2 PPS.

Manakala di Hulu Terengganu, seramai 195 mangsa daripada 65 keluarga ditempatkan di 10 PPS di daerah berkenaan dan di Setiu, 252 mangsa daripada 60 keluarga berada di lapan PPS.

Di Dungun, 235 mangsa daripada 67 mangsa berada di dua PPS manakala cuaca di Terengganu hujan berterusan dan mangsa banjir kini ditempatkan di 42 PPS seramai 1,851 orang melibatkan empat daerah dan 515 keluarga.

Manakala web public InfoBanjir memaklumkan 11 sungai di negeri ini berada pada amaran bahaya iaitu di Sungai Besut di Jambatan Keruak, dengan bacaan 37.16 meter berbanding 35 meter.

Sungai Besut di Kampung La, bacaan 23.93 meter berbanding 21.8 meter manakala Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu, mencatat bacaan 24.53 meter berbanding 24.5 meter.

Sementara itu, Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping, Hulu Terengganu, dengan bacaan 20.83 meter berbanding 19.7 meter dan di

Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman, mencatat bacaan 19.62 meter berbanding 18.5 meter

Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu, bacaan 8.68 meter berbanding 8.4 meter dan di

Sungai Nerus di Kampung Langkap (F1), Setiu, mencatatkan bacaan 22.33 meter berbanding 21 meter.

Manakala, di Sungai Setiu di Kampung Besut, Setiu, pula bacaan 18 meter berbanding 17.5 meter, di Sungai Tersat di Kampung Sekayu (F1) Hulu Terengganu, mencatatkan bacaan 21.44 meter berbanding 21 meter.

Di Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri (F2) mencatatkan bacaan 9.1 meter berbanding 8.8 meter.

Enam lagi sungai berada pada amaran berjaga-jaga iaitu Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan (F2) dengan bacaan 2.59 meter berbanding 2.4 meter.

Sungai Besut di Jambatan Jerteh, bacaan 7.5 meter berbanding 7 meter, Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja, bacaan 38.41 meter berbanding 37.7 meter.

Manakala di Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan dengan bacaan 2.68 meter berbanding 2.4 meter, Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu, bacaan 12.47 meter berbanding 12 meter.

Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih, mencatatkan bacaan 14.41 meter berbanding 13 meter.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini