KUALA LUMPUR: Setakat jam 9 pagi ini, jumlah mangsa banjir di beberapa negeri kembali meningkat dengan 4,230 orang.
Jumlah itu meningkat berbanding dicatatkan malam tadi membabitkan 4,153 mangsa.
Portal Info Bencana Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan kesemua mangsa itu ditempatkan di 35 pusat pemindahan sementara (PPS).
Pahang masih melaporkan jumlah mangsa banjir paling tinggi dengan 1,732 mangsa, diikuti Perak iaitu sebanyak 1,276 mangsa serta Kedah (1,026).
Negeri lain ialah Sarawak dengan mencatatkan 105 mangsa, Selangor (56), Melaka 931), Johor (31) dan Kuala Lumpur (5).
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri.
Dua daerah di Perak iaitu Batang Padang dan Muallim diberi amaran ribut petir dan hujan lebat, disusuli Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sementara tiga daerah di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson dan Rembau turut dijangka mengalami cuaca buruk.
Selain itu di Melaka ia membabitkan Jasin, diikutiJohor (Tangkak dan Muar) serta Sarawak (Sri Aman, Mukah, Daro, Matu, Bintulu dan Miri).
Sabah pula membabitkan daerah di Pedalaman (Kuala Penyu) serta Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu serta Tuaran).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.