Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 1,587 orang

Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat secara mendadak kepada 1,587 orang malam ini. – FOTO: Ihsan APM

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat secara mendadak malam ini.

Setakat jam 9 malam, penduduk terjejas sudah mencecah seramai 1,587 orang melibatkan 535 keluarga di empat daerah.

Semua daerah terlibat adalah Kota Marudu, Beluran, Beaufort dan Tongod.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah menerusi kenyataanya memaklumkan 10 pusat pemindahan sementara (PPS) sudah diaktifkan bagi menempatkan semua mangsa banjir di daerah-daerah terlibat.

FOTO: Ihsan APM

“Kota Marudu kekal sebagai daerah paling ramai merekodkan mangsa banjir iaitu 1,241 orang daripada 438 keluarga dan lima PPS dibuka di daerah ini.

“Statistik kemudiannya diikuti daerah Beluran dengan catatan 190 orang mangsa banjir membabitkan 55 keluarga. Semua penduduk kini berada di tiga PPS.

“Beaufort menjadi daerah ketiga tertinggi mencatatkan jumlah mangsa banjir di Sabah, seramai 102 mangsa daripada 29 keluarga yang dipindah ke satu PPS setakat ini.

“Tongod pula terdapat 54 mangsa membabitkan 13 keluarga. Semua penduduk daerah ini yang terjejas ditempat di satu PPS,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini