comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa banjir Terengganu berkurangan, 782 masih terjejas di Dungun

Penduduk di Kampung Shukor sedang membasuh baju yang kotor akibat banjir. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Situasi banjir di Terengganu semakin beransur pulih.

Setakat jam 8 pagi, 782 mangsa daripada 228 keluarga dilaporkan masih berada di enam pusat pemindahan sementara (PPS) dalam daerah Dungun.

Malam tadi, seramai 923 mangsa daripada tujuh keluarga berlindung di tujuh PPS.

Penduduk di Kampung Shukor sedang meninjau barangan yang musnah akibat banjir. – FOTO: NSTP

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dewan Serbaguna Kampung Shukor menempatkan seramai 226 mangsa (61 keluarga) dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan seramai 247 mangsa (96 keluarga).

PPS di Masjid Jamek Kampung Jongok Batu pula menjadi tempat berlindung 126 mangsa daripada 24 keluarga.

Selain itu, PPS di Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi masih beroperasi bagi menempatkan 75 mangsa (19 keluarga).

Seramai 34 mangsa (enam keluarga) berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut manakala Dewan Masjid Kampung Serdang pula menjadi tempat berlindung kepada 74 mangsa (22 keluarga).

Keadaan cuaca ketika ini mendung di kebanyakan kawasan di negeri ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini