comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa jatuh sungai ditemukan lemas 8km dari lokasi kejadian

Pasukan Bomba dan Penyelamat membawa naik mayat Mohd Zulhilmi Mohd Zamri yang lemas selepas terjatuh di Sungai Kelantan di Jambatan Tendong, dekat Pasir Mas. – Foto Bomba

KOTA BHARU: Selepas tiga hari dilaporkan hilang, peniaga yang terjatuh di Sungai Kelantan di Jambatan Tendong dekat Pasir Mas, ditemukan lemas hari ini.

Mohd Zulhilmi Mohd Zamri, 37, terjatuh ke Sungai Kelantan dalam kejadian jam 2.50 petang kelmarin.

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat JBPM Kelantan, Mohd Wildan Azhari berkata, mayat mangsa ditemui di bawah Jeti Bot Pok Heng di Pasir Pekan, Tumpat pada jam 9.15 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Mas.

Katanya, mangsa ditemui kira-kira lapan kilometer (km) dari lokasi dilaporkan terjatuh.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke hospital.

“Operasi SAR selama tiga hari membabitkan 54 anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Operasi bermula 9 pagi sebelum mayat mangsa ditemui 15 minit kemudiannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Loading...
Terkini