comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mangsa kedua runtuhan bangunan di Pulau Perhentian meninggal dunia di HUSM

KUBANG KERIAN: Mangsa kedua yang diselamatkan dalam insiden runtuhan bangunan resort di Pulau Perhentian di Besut meninggal dunia.

Bahul Jamil 42 tahun meninggal dunia 2.14 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian Kelantan.

Ketua Polis Daerah Besut Superitenden Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan otot yang sangat teruk akibat tersepit di bawah runtuhan.

Buah pinggang mangsa turut rosak sehingga menyebabkan kegagalan jantung.

Bahul Jamil diselamatkan pasukan penyelamat pada 1.18 minit petang Khamis sebelum dihantar ke Hospital Besut.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini