comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa kedua terselamat

FOTO: Ihsan JBPM Selangor.

KUALA LANGAT: Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM Selangor mengesahkan mangsa kedua kejadian tanah runtuh di kawasan kuari di Bandar Saujana Putra, Banting telah ditemukan dan dalam keadaan selamat.

Mangsa cuma tercedera.

Menurut Pengarah JBPM Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail mangsa sebenarnya telah pun dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba.

Manakala mangsa yang maut dikeluarkan pasukan bomba pada jam 6.42 petang tadi.

Kedua-duanya adalah lelaki tempatan berusia sekitar 30-an.

Tambah Wan Md Razali pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 4.32 petang.

Kejadian berlaku di kawasan kuari berkenaan dengan kedalaman 1.2 meter.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini