comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa keganasan rumah tangga tidak dilindungi PERKESO

Mustafa Draman beramah mesra dengan ahli Kelab Media Mutiara Pulau Pinang – FOTO : NSTP

BUTTERWORTH: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pulau Pinang mendedahkan terdapat segelintir pencarum yang keliru dengan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang tidak memberi pampasan perlindungan membabitkan kes keganasan rumah tangga.

Pengarah PERKESO Pulau Pinang, Mustafa Draman berkata, pihaknya kerap menerima pertanyaan terutamanya dalam kalangan wanita mengenai perkara berkenaan termasuk dari beberapa individu yang dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

“Skim itu menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan antaranya meliputi kecederaan ketika mengurus rumah tangga.

“Tetapi disebabkan ia skim baharu ada kekaburan kepada golongan itu jadi kita terima pertanyaan termasuk ada beberapa daripada mereka yang dipercayai menjadi manjadi mangsa penderaan dan kita sudah beri penjelasan dan nasihat sewajarnya kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi taklimat SKSSR dan Skim Pekerjaan Sendiri kepada ahli Kelab Media Mutiara Pulau Pinang di Wisma PERKESO Pulau Pinang hari ini.

Mustafa berkata, seramai 10,544 suri rumah telah mendaftar SKSSR di Pulau Pinang sehingga Februari sejak skim itu diperkenalkan pada Disember lalu dengan tujuh daripada mereka dilaporkan telah meninggal dunia dan layak mendapat manfaat SKSSR mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Beliau berkata, jumlah pencarum bagi individu bekerja sendiri adalah sebanyak 24,369 pada 2022 dengan pertambahan sebanyak 1,335 lagi pencarum setakat Februari tahun ini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini