comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa serangan gajah sudah sedar tapi masih lemah

JOHOR BAHRU: Mangsa serangan gajah yang cedera parah dalam kejadian di kawasan hutan belukar belakang Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 5 dan ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, sudah sedarkan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa berusia 51 tahun masih menerima rawatan.

“Mangsa kedua sebelum ini ditidurkan oleh doktor bagi tujuan menguatkan tubuh pesakit.

“Mengikut maklumat diperoleh pada hari ini dia sudah sedar, cuma dia masih lemah memandangkan banyak kecederaan dialami,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mangsa serangan gajah pada 26 September itu sebelum ini disahkan mengalami pendarahan dalam kepala, satu ruas tulang rusuk patah dan patah tulang pinggul.

Dalam serangan itu, seorang lagi mangsa, Mohamad Syafik Yakob, 31, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tenggaroh 2 selepas mengalami kecederaan di leher kiri dan dada kiri.

Kedua-dua mangsa adalah pekerja kontrak pembersihan sekolah didapati bertindak menghalau seekor gajah liar dari mendekati kawasan sekolah sebelum diserang.

Kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini