comscore
Tumpuan :
Nasional

Mangsa tanah runtuh di Taman Melawati dibenar pulang ke rumah

KUALA LUMPUR: Semua mangsa tanah runtuh di Taman Melawati dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing bermula jam 6 petang ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata ia diputuskan selepas mendapat persetujuan semua agensi terbabit dalam kerja pembaikan tanah runtuh berkenaan yang masuk hari ketiga hari ini.

“Ketika ini, tiada pergerakan tanah baharu dikesan berdasarkan kajian pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

“Berdasarkan keseluruhan dapatan kita pada hari ini dan persetujuan semua agensi terlibat, kita membenarkan penduduk di Jalan E6 yang membabitkan 20 rumah terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu untuk kembali ke rumah masing-masing mulai jam 6 petang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Jalan E5 di sini, hari ini. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini