comscore
Tumpuan :
Nasional

MAQIS patahkan cubaan bawa masuk produk haiwan tanpa permit

Antara produk haiwan tanpa lesen sah yang dirampas MAQIS di klia2, baru-baru ini. – FOTO: Ihsan MAQIS

PUTRAJAYA: Cubaan seorang warga China membawa masuk produk haiwan melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Rabu lalu berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim, berkata produk haiwan itu dianggarkan bernilai RM200 dengan berat sekitar 20 kilogram (kg).

Beliau berkata, tindakan individu itu berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas kastam sekitar jam 6.30 pagi.

“Konsainan itu terdiri daripada 8kg itik dan 12kg sosej lembu mentah yang diletakkan di dalam sebuah bagasi yang berisiko bolehmembawa masuk penyakit ke dalam negara.

“Produk haiwan itu telah disita oleh pihak MAQIS kerana tidak mempunyai permit import serta sijil kesihatan dan sijil halal yang sah,” katanya melalui satu kenyataan, hari ini.

Mohd Sobri berkata, perbuatan mengimport produk haiwan tanpa permit s ah dari MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama. — BERITA HARIAN

Loading...
Terkini