comscore
Tumpuan :
Nasional

MAQIS rampas lebih 24,000 kilogram perut babi beku

Foto: Ihsan MAQIS

 

PELABUHAN KLANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 24,993.24 kilogram perut babi beku dari Sepanyol di Pelabuhan Klang Barat, Sabtu lalu.

Pengarah MAQIS Negeri Selangor, Mohd Sobri Md Hashim berkata, rampasan dilakukan susulan pemeriksaan fizikal di Gudang CFS 3, Westport, Pelabuhan Klang Barat pada jam 3.30 petang.

“Siasatan mendapati, pihak terbabit dipercayai membawa masuk dagangan dengan menggunakan dokumen yang mengelirukan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, dagangan yang dibawa dianggarkan bernilai RM443,197.77.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengemukakan maklumat mengelirukan iaitu maklumat nombor loji di dalam permit import tidak sama dengan dokumen sijil kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sobri berkata, kerajaan hanya membenarkan pengimportan dari loji abatoir yang telah diluluskan sahaja dan mematuhi tahap biosekuriti yang ditetapkan.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini