comscore
Tumpuan :
Nasional

MAQIS rampas produk makanan dari Korea RM40,000

 

Anggota penguatkuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menunjukkan sebahagian daripada produk yang dirampas. – Foto ihsan MAQIS

PELABUHAN KLANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin & Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas 158 kotak produk hasilan haiwan dan pertanian antaranya sosej babi, kepingan daging babi, daging lembu, ginseng dari Korea di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat, Selasa lalu.

Pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim, berkata rampasan dianggarkan bernilai RM40,087.50 itu dilakukan selepas pemeriksaan terhadap sebuah kontena pada jam 3.30 petang.

“Siasatan dan pemeriksaan mendapati, sebuah syarikat tempatan membawa masuk produk hasilan haiwan dan pertanian dari Korea itu tidak mempunyai sebarang permit import sah dikeluarkan MAQIS.

“Dalam siasatan itu, kita mendapati terdapat daging lembu, sosej babi, kepingan daging babi dan ginseng di dalam kontena berkenaan tanpa permit import,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya.

Loading...
Terkini