comscore
Tumpuan :
Nasional

Maritim Malaysia lupus 11 bot nelayan asing, dijadikan tukun tiruan

Anggota Maritim Malaysia Kelantan memeriksa bot nelayan asing Vietnam yang ditahan dalam dua serbuan berasingan pada jarak 64 batu nautika dari Muara Tok Bali. – FOTO: Nik Abdullah Nik Omar

PASIR PUTEH: 11 bot nelayan asing dilupus Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan yang kemudian diubah fungsi menjadi tukun tiruan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Syed Nor Adli Syed Ab Rahman, berkata semua 11 bot yang dirampas pada 2021 dan tahun lalu itu bernilai RM11.15 juta.

Katanya, proses menenggelamkan bot berkenaan mendapat kerjasama Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT) menerusi Jabatan Perikanan Malaysia untuk memastikan tukun bot itu sesuai menjadi tempat pembiakan ikan.

“Untuk kes terbaru, kita melupuskan empat bot nelayan asing Vietnam yang dilucut hak oleh mahkamah dan ditenggelamkan pada jarak 5.3 batu bautika dari Kuala Besar pada Selasa lalu.

“Semua bot berkenaan ditahan menerusi Op Naga Barat, Op Kuda Laut dan Op Damai. Penahanan empat bot ini turut membabitkan tahanan 11 kru termasuk tekong warga Vietnam dengan rampasan 7,500 liter diesel termasuk peralatan navigasi bernilai lebih RM4.05 juta,” katanya pada sidang media.

Beliau berkata, semua kru termasuk tekong disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran.

“Nilai denda mahkamah bagi semua yang ditahan berjumlah RM11.2 juta namun semua kru bot dan tekong memilih untuk dipenjarakan.

“Tempoh hukuman penjara antara tiga hingga lapan bulan,” katanya.

Katanya, Maritim Kelantan sentiasa tegas dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di perairan negeri khususnya demi memastikan sumber perikanan negara dapat dilindungi dan kedaulatan perairan negara terpelihara.

Loading...
Terkini