comscore
Tumpuan :
Nasional

Maritim Malaysia padam kebakaran hutan tanah gambut seluas 5.5km persegi

 

Pesawat Bombadier CL-415 milik Maritim Malaysia dan helikopter Mi-17 JBPM digunakan bagi memadamkebakaran hutan gambut di Sungai Adong, Miri. FOTO: Ihsan Maritim Malaysia

MIRI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya memadamkan kebakaran di kawasan hutan tanah gambut seluas 5.5 kilometer (km) persegi di Sungai Adong di sini, menggunakan pesawat Bombardier CL-415 miliknya, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Paing berkata sebanyak 120,000 liter air telah digunakan bagi teknik pengeboman air bagi memadamkan kebakaran itu.

Beliau berkata sumber air telah diambil dari Sungai Kuala Baram yang terletak 10 km dari kawasan kebakaran.

Kebakaran hutan gambut di Sungai Adong, Miri. FOTO: Ihsan Maritim Malaysia

“Susulan daripada kejayaan operasi ini pesawat Maritim Malaysia telah menyambung semula operasi pemadaman di kawasan berkenaan untuk hari keempat pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi pemadaman api dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi, termasuk syarikat swasta di daerah Miri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini