Tumpuan :
Nasional

MAS sahkan penerbangan MH79 dari Hong Kong ke KL dilencongkan ke Ho Chi Minh City

Kelihatan sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa penerbangan MH79 dari Hong Kong (HKG) ke Kuala Lumpur (KUL) hari ini telah dilencongkan ke Lapangan Terbang Ho Chi Minh City (SGN) akibat isu teknikal semasa penerbangan.

MAS dalam kenyataan berkata, demi kepentingan keselamatan, juruterbang bertugas membuat keputusan untuk melencongkan penerbangan bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi asal, Kuala Lumpur.

Pada setiap masa, keselamatan penumpang tidak pernah dikompromi.

Penerbangan yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat pada jam 10:40 pagi tadi.

Para penumpang kini sedang dialihkan ke penerbangan alternatif untuk memastikan mereka tiba di destinasi masing-masing, sementara sebahagian daripada mereka disediakan penginapan di hotel berdekatan lapangan terbang.

Malaysia Airlines kesal atas kesulitan dan gangguan kepada rancangan perjalanan para penumpang.

Keselamatan tetap menjadi keutamaan nombor satu bagi Malaysia Airlines.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini