comscore
Tumpuan :
Nasional

MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Timur Tengah 

Malaysia Airlines (MAS) muncul antara beberapa syarikat penerbangan antarabangsa yang mengubah laluan penerbangan buat sementara waktu berikutan ketegangan di Timur Tengah.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.

“Kami mengubah haluan dan mengelak ruang udara Iran,” kata syarikat penerbangan nasional itu.

MAS, Air India, Qantas Australia serta syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat penerbangan pertama yang mengubah laluan penerbangan buat sementara waktu kerana bimbang Iran akan menyerang Israel.

German Press Agency (dpa) melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata pada Jumaat, beliau berasakan Iran akan melancarkan serangan terhadap Israel ’lebih cepat daripada jangkaan’.

Ancaman Iran terhadap Israel semakin meningkat berikutan serangan udara ke atas pekarangan kedutaan Iran di Syria pada 1 April lepas yang mengorbankan beberapa orang tentera berpangkat jeneral.

Terdapat laporan bahawa Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah merampas sebuah kapal kontena yang dikaitkan dengan Israel di rantau teluk. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini