comscore
Tumpuan :
Nasional

Masa bidaan nombor siri pendaftaran FF dilanjutkan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Masa bidaan nombor siri pendaftaran FF menerusi sistem JPJeBid yang dijadual tamat hari ini, dilanjutkan sehingga 10 malam esok.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu diambil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas mengambil maklum aduan orang ramai tentang sistem JPJeBid yang tidak stabil apabila tempoh untuk pembidaan bagi nombor plat FF akan berakhir disebabkan trafik yang tinggi.

“Untuk berlaku adil, JPJ telah melanjutkan masa pembidaan untuk 24 jam,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Loke pada masa sama berkata, beliau akan berusaha untuk memantapkan sistem digital di bawah JPJ dan agensi lain di bawah kementerian, malah telah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Penasihat Digital (JPD) kementerian yang memberi nasihat penambahbaikan.

Loading...
Terkini