comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Masalah air di Sabah, PM bincang kerajaan negeri esok

PENAMPANG: Bagi membincangkan penyelesaian masalah air di Sabah, mesyuarat tertinggi peringkat Persekutuan dan negeri akan diadakan, esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sudah tiga kali pihaknya datang ke Sabah dalam masa singkat, malah belum pernah seorang Perdana Menteri terdahulu kerap datang ke Sabah seperti dirinya.

FOTO: NSTP

“Hal ini kerana saya ingin memenuhi tanggungjawab.” Ketua Menteri menyebut kepada saya, kerajaan di bawah pimpinannya kuat dan padu, tetapi pada masa sama beliau menyatakan ada beberapa masalah yang patut diselesaikan dengan baik.

“Ia tidak cukup dengan kekuatan negeri saja, sebaliknya harus padu dengan Kerajaan Persekutuan. Antara isu besar adalah isu air dan jalan.

“Jadi, saya beri keputusan esok pagi, Insya-Allah saya akan mengadakan mesyuarat tertinggi peringkat Persekutuan dan negeri untuk menyelesaikan masalah air bersama kerajaan negeri,” katanya berucap sempena Majlis Penutupan Sambutan Pesta Kaamatan 2023 di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba di pekarangan Dewan Hongkod Koisaan, KDCA pada kira-kira jam 10 pagi, disambut penuh tradisi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Datuk Shahelmey Yahya dan Dr Joachim Gunsalam, selain Huguan Siou, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri 2023 dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.Turut hadir, isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Sementara itu, Anwar mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi penganjuran sebarang aktiviti di bawah KDCA termasuk aktiviti seni dan budaya.

Loading...
Terkini