comscore
Tumpuan :
Nasional

Masalah banjir termenung di SK Temai bakal terlerai

Keadaan air termenung yang berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Temai. – FOTO: NSTP

PEKAN: Masalah banjir dan air termenung yang setiap tahun berlaku di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Temai, dekat sini, dijangka dapat diatasi apabila pembinaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Temai akan bermula tahun ini.

Jurutera Daerah JPS Pekan, Nik Mohd Fariz Zamani berkata, projek tebatan banjir Sungai Temai dan Sungai Riti sepanjang satu kilometer (km) turut membabitkan Sungai Pahang dengan jarak 7km.

Projek RM43 juta itu turut membabitkan Sungai Ketapang yang akan menyediakan sistem saliran banjir di daerah ini yang akan dilaksanakan dalam tempoh 33 bulan.

“Dengan pembinaan tebatan banjir di Sungai Temai diharapkan tidak berlaku lagi limpahan air Sungai Pahang dan Sungai Temai hingga menyebabkan kejadian banjir di Kampung Temai serta SK Temai.

“Sebelum ini hampir setiap tahun banjir berlaku di kawasan terbabit yang turut menyebabkan berlaku air termenung di SK Temai, tahun lalu dua kali banjir berlaku pada Februari dan Mac,” katanya.

Nik Mohd Fariz berkata, sebelum ini pihaknya menyediakan pam bagi menyedut air termenung dalam kawasan SK Temai, namun tidak dapat diteruskan ekoran banjir gelombang kedua kini sedang melanda daerah ini.

Loading...
Terkini